Bukan penahanan atau rampasan senjata api, tetapi gambar yang tersebar adalah pemeriksaan rutin terhadap senjata api, peluru dan peralatan di pintu masuk Malaysia - Singapura selepas digunakan dalam latihan ketenteraan kedua-dua negara.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, pemeriksaan dilakukan antara jam 2.30 petang hingga 4.30 petang pada jumaat oleh sepasukan polis yang diketuai Pegawai Turus Pelesenan Kontinjen Johor.